TEMERLOH: Lebih 20 tahun lepas seorang pemuda Orang Asli tekad meninggalkan kampung halamannya di Penderas, di sini, untuk menimba ilmu bagi mengukuhkan pegangan agama Islamnya.
Shahrol Wizan Sulong atau dikenali sebagai Awang, ketika itu merasakan dirinya belum cukup ilmu meskipun dibesarkan dalam keluarga Islam justeru mengambil langkah permulaan dengan berhijrah ke Kuantan untuk mendalami kitab suci al-Quran.
"Saya bermula daripada kosong, belajar baca iqra' dan kemudianya al-Quran...dari pagi sampai malam saya memang tekun belajar sebab nak cepat pandai," kata Orang Asli suku Jahut itu ketika ditemui Bernama di Surau Darul Islah Kampung Orang Asli Penderas, di sini, baru-baru ini.
Berkat kesungguhannya, Awang akhirnya berjaya menguasai al-Quran dalam tempoh enam bulan ketika berusia 19 tahun selepas menerima bimbingan daripada tenaga pengajar Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) anjuran Yayasan Pahang di Kuantan pada 1999.
"Alhamdulillah, saya dapat menguasai iqra' dalam tempoh tiga bulan, dapat khatam al-Quran tiga bulan kemudian dan berasa begitu seronok dengan al-Quran, malah ketika di PETAMA selama setahun tiga bulan saya juga dapat khatam beberapa kali," kongsinya.
Berkongsi mengenai apa yang menyuntik semangat anak jati Pahang yang kini berusia 44 tahun itu untuk menjadi seorang yang celik al-Quran, Awang berkata, penghijrahan sepupu menjadi titik tolak kepada perubahannya.
"Ibu bapa peluk Islam ketika saya berusia dua tahun, jadi saya memang Islam sejak kecil... tetapi sepupu saya yang baru peluk Islam ketika belasan tahun pergi belajar di PETAMA dan ketika balik cuti dia jadi imam di surau kampung kami.
"Bacaan al-Fatihah dia baik sekali, lebih bagus daripada kami yang dah lama Islam ini, saya berasa cemburu dan kagum dengannya jadi saya ambil keputusan mengikut jejak langkahnya untuk belajar al-Quran di PETAMA," kata anak keempat daripada lapan beradik itu.
Tidak terhenti di situ, beliau yang mesra disapa Ustaz Awang meneruskan misi pencarian ilmu di sebuah institut pendidikan agama di Kelantan selama lima tahun dalam bidang dakwah.
"Selain tengok sepupu yang pandai mengaji antara sebab lain nak masuk PETAMA sebab saya tengok kurang orang datang bimbing (agama) dekat kampung saya, jadi bila ada ilmu al-Quran dan dakwah dapat saya kongsikan dengan Orang Asli yang lain," katanya yang juga Penyelaras Pembangunan Insaniah Masyarakat Asli (PePIMA) di kampungnya.
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam ternyata membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli menerusi misi dakwah bersama Persatuan Qiadah PETAMA Pahang yang dipengerusikan olehnya.
Beliau yang ketika ditemu bual santai duduk di hadapan surau dengan baju Melayu biru, turut berkongsi cerita pendekatan yang diambil dalam menyantuni Orang Asli yang bukan Islam, iaitu sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan mereka selain sentiasa menghulurkan pertolongan kepada yang memerlukan.
"Kena ada kesabaran yang tinggi untuk berdepan dengan mereka kena berdakwah secara tidak langsung bukan langsung dan tunjuk teladan yang baik selain jangan menyinggung hati mereka.
"Antara momen yang saya ingat apabila ada seorang pemuda minta belikan buku bibliografi Nabi Muhammad SAW, kami bagi kepadanya pada tahun lepas dan tahun ini dia datang beritahu sebelum Ramadan nak masuk Islam dan dia tengah berpuasa sekarang," katanya sambil tersenyum.
Malah di tengah perbualan penulis bersama Ustaz Awang, beliau turut berkongsi cerita gembira mengenai surau tersebut, Surau Darul Islah, yang juga merupakan madrasah mengajar ilmu agama dan mengaji, telah menerima pengiktirafan sebagai Surau Terbaik Kampung Orang Asli pada Konvensyen Mualaf MADANI Peringkat Kebangsaan tahun lepas.
"Ini merupakan satu penghargaan kepada kami di sini selain ia merupakan amanat arwah bapa saya supaya surau ini diusahakan dan Alhamdulillah pada 1 Syawal 2018 kami dapat lakukan solat Jumaat di sini buat kali pertama," kata lelaki yang berkaca mata itu sambil menunjukkan sijil penghargaan yang diterima. - BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024
Shahrol Wizan Sulong atau dikenali sebagai Ustaz Awang mengajar ilmu agama di Surau Darul Islah Kampung Orang Asli Penderas, Temerloh. - Gambar Bernama
PM India Narendra Modi bertanding di kerusi Parlimen Varanasi
Pengundian akan diadakan di Varanasi pada 1 Jun dalam fasa terakhir pilihan raya umum yang berlangsung selama tujuh minggu.
Anwar tegaskan tidak kepada kasino kedua di Malaysia
Anwar berkata Malaysia kini menumpukan sektor transformasi digital, peralihan tenaga serta kecerdasan buatan (AI).
AWANI 7:45 [14/05/2024] - Tumpuan transformasi digital | Suku pertama tahun 2024 | Tidak ikut proses | Protes sejak tujuh bulan
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Malaysia tidak perlu hasil kasino jana pendapatan negara
2. Rakyat Malaysia 34 juta, warga asing 3.4 juita
3. Haram dan berdosa tunai haji tanpa visa
4. Hari ini universiti dunia lancar protes terbesar, bantah genosid di Gaza
1. Malaysia tidak perlu hasil kasino jana pendapatan negara
2. Rakyat Malaysia 34 juta, warga asing 3.4 juita
3. Haram dan berdosa tunai haji tanpa visa
4. Hari ini universiti dunia lancar protes terbesar, bantah genosid di Gaza
Proses pengambilan tanah projek ECRL di Selangor berjalan lancar - Loke
Proses pengambilan tanah bagi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Selangor berjalan dengan baik dan lancar, menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Monsun Barat Daya: Negara dijangka berdepan impak negatif, agensi kerajaan siap siaga
Negara dijangka berdepan pelbagai impak negatif susulan Monsun Barat Daya yang dijangka bermula bulan ini hingga September.
Cubaan seludup kala jengking, labah-labah dari Turkiye gagal
DNA haiwan berkenaan boleh digunakan untuk pengeluaran ubat-ubatan yang bernilai mencecah AS$10 juta untuk seliter.
#AWANI745
#AWANI745
Huawei perkenal inovasi terbaharunya Watch Fit 3 dan Matebook X Pro
Huawei dengan bangga memperkenalkan dua produk revolusioner iaitu Huawei Watch Fit 3 dan Huawei Matebook X Pro 2024, menandakan lembaran baharu dalam gabungan fesyen dan teknologi dalam pasaran boleh pakai.
#AWANI745
#AWANI745
MFLS terajui usaha bina negara bangsa dengan belia berkempipinan
Dalam hasrat membina negara bangsa yang diterajui golongan berkempipinan tinggi, Akademi Kenegeraan Malaysia (AKM) meneruskan lagi program Malaysia Future Leaders School (MFLS) untuk tahun keenam.
#AWANI745
#AWANI745
PM Anwar lawat Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan dari 15 hingga 19 Mei ini.
Haram berdosa tunai haji tanpa visa sah
Tindakan rakyat Malaysia tidak mengikut saluran dan proses yang betul untuk menunaikan haji adalah berdosa dan haram berdasarkan Fatwa Kerajaan Arab Saudi, kata Pengarah Operasi Bimbingan Tabung Haji, Shahrin Awaluddin
#AWANI745
#AWANI745
Permohonan tajaan MARA dibuka 7 Mei - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan membuka permohonan bagi penajaan pengajian peringkat Ijazah Sarjana (Sarjana) dan Ijazah Kedoktoran (PhD) di dalam dan di luar negara pada Selasa ini (7 Mei).
JPN pergiat masuk pedalaman kampung Orang Asli, daftar sijil kelahiran, MyKad
JPN mempergiatkan inisiatif memasuki kawasan pedalaman Orang Asli bagi mengurangkan kelewatan daftar kelahiran dan MyKad komuniti itu.
PRK KKB: Komuniti Orang Asli perlu sokong calon PH - Ramli
Seruan itu adalah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan komuniti Orang Asli memandangkan mereka merupakan pengundi setia BN.
ProKhas KPM akan pastikan setiap pelajar Orang Asli tidak keciciran
Selain dapat mengurangkan masalah keciciran dalam kalangan pelajar Orang Asli, ProKhas berfungsi menyediakan kesamarataan untuk mereka.
Usaha cari bakat baharu golongan Orang Asli, luar bandar perlu dipergiat - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan tidak sesekali akan meminggirkan kanak-kanak Orang Asli dan luar bandar dalam menyediakan peluang dan akses untuk bersukan.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Awang selami ilmu agama, bimbing masyarakat Orang Asli setempat
Sifat murni Awang untuk mengembangkan ajaran Islam membuahkan hasil apabila beliau berjaya mengislamkan ramai masyarakat Orang Asli.
Cuaca panas: Orang Asli hadkan aktiviti luar rumah, masuk hutan
Bahang cuaca panas menyebabkan masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Brooke terpaksa mengurangkan aktiviti di luar rumah dan masa bekerja di dalam hutan.
Orang Asli di Pahang tidak perlu khuatir ladang getah, kelapa sawit tetap beroperasi
Kerajaan negeri kini sedang melaksanakan beberapa tindakan ke atas tanah terlibat bagi memudahkan proses pembayaran cukai tanah sebagaimana dilakukan terhadap agensi lain.
DOSM Terengganu dekati komuniti Orang Asli, elak tercicir daftar PADU
Jabatan Perangkaan Malaysia Terengganu giat menjalankan program pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) melibatkan komuniti Orang Asli.